Kalau ikutkan, memang tak adil – Bob Yusuf - Utusan Malaysia

Kalau ikutkan, memang tak adil – Bob Yusuf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berbekalkan kemampuan vokal yang mantap, Bob Yusuf dianggap antara penyanyi lelaki yang menonjol dengan bakat tersendiri.

Namun jika dibandingkan dengan sebilangan besar penyanyi tempatan, namanya tenggelam meskipun ramai mengakui kebolehannya sebagai penyanyi.

Kata Bob dia sedar akan perkara itu. Namun itu adalah perkara subjektif yang perlu dinilai dengan kematangan.

“Kalau ikutkan, memang tak adil. Namun terpulang pada diri sendiri untuk menilai.

“Saya perlu berfikir matang. Macam inilah, saya petik kata Datuk Jamal Abdillah yang pernah memberitahu saya, popular tidak semestinya terbaik, begitu juga sebaliknya. Bagi saya, ayat itu memang tepat.

“Bila difikir semula, itulah asam garam dunia pekerjaan yang perlu kita hadap. Semua bidang, sama. Memang benar, tak adil,” katanya.

Kata Bob lagi, bakat dan rupa bergerak seiring. Sekurang-kurangnya dalam bidang hiburan, itu perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Baginya, untuk maju, seorang penyanyi atau pelakon itu perlu ambil inisiatif sendiri. Bukan sekadar berselesa dengan apa yang ada.

“Datuk Ramli MS pernah beritahu saya, penampilan, muka saya krik-krik. Tetapi suara mahal, boleh jual. Mati pun suara hidup lagi.

“Saya faham maksud dia, rupa boleh ubah. Macam dia kata, senang sahaja, perbaiki kelemahan dan kekurangan. Tambah lagi.

“Jadi saya perbaiki kelemahan. Perubahan itu ada. Pemakaian, persembahan, solekan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bob menegaskan populariti bukanlah perkara yang diutamakan. Justeru, dia tidak kisah sekiranya dianggap tidak popular.

“Walaupun kurang mendapat tempat dan perhatian. Tidak mengapa. Saya tetap ada dalam industri. Sebagai pekerja kreatif.

“Menyanyi adalah satu pekerjaan. Saya tidak fikir perlu untuk glamor. Kalau nak kejar, buat masa ini bukan perkara yang saya tumpukan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya