JPJ kesan tiga penunggang motosikal positif dadah - Utusan Malaysia

JPJ kesan tiga penunggang motosikal positif dadah

ZULKARNAIN Yasin (kiri) memeriksa penunggang motosikal semasa Op Tahun Baharu Cina 2022 di Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga penunggang motosikal yang disyaki bawah pengaruh dadah antara yang dikesan dalam Op Tahun Baharu Cina 2022 di Jambatan Sultan Mahmud di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Zulkarnain Yasin berkata, hasil ujian air kencing mendapati mereka yang berusia antara 41 dan 47 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Selain itu, sebanyak 117 saman dikeluarkan dan tiga kenderaan disita menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di daerah ini, Kemaman dan Besut,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi itu.

Operasi yang berakhir pukul 11 malam itu disertai seramai 127 anggota dan pegawai JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sementara itu, Zulkarnain berkata, sebanyak 20 lokasi di negeri ini dikenal pasti sebagai kawasan kerap kemalangan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya