Jelaskan kepada umum pemecatan Mohd. Khairuddin  - Utusan Malaysia

Jelaskan kepada umum pemecatan Mohd. Khairuddin 

pn
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemecatan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat perlu dijelaskan kepada umum dan bukan hanya melibatkan ahli semata-mata.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ini kerana  Setiausaha  Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menolak alasan pengguguran beliau atas faktor perselisihan antara Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Ia masalah disiplin dalam parti. Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada umum, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan kepada umum  secara rasmi oleh pimpinan parti Pas. 

“Bukan bocor atau tular sahaja. Mohd. Khairuddin adalah antara figura utama pemimpin Pas. Beliau seorang bekas menteri daripada parti Pas. Beliau juga adalah setiausaha Majlis Syura Ulama.

“Maka menjadi hak umum, bukan hanya ahli Pas untuk mengetahui sebab pengguguran tersebut. Pengguguran kerana isu disiplin adalah satu pencalaran kepada akhlak berjamaah. Tiga pihak yang akan terjejas atau rasa terhiris dengan pencalaran tersebut. Diri beliau sendiri, para penyokong beliau atau pastinya Majlis Syura Ulamak Pas juga. Beliau memegang satu jawatan besar yang termaktub dalam perlembagaan Pas,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Mohd Khairuddin sebelum ini digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas, selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam Pas, termasuk diberhenti atau ditukarkan.

Tambah Nik Abduh, penjelasan rasmi juga harus diberikan segera membina bagi membina persepsi yang baik kepada Pas. 

“Pas sekarang memerintah negara. Segala mesti telus apabila melibatkan ahli parti yang memegang amanah rakyat. Beliau adalah wakil rakyat Parlimen Kuala Nerus.

“Apabila seorang orang besar parti mencabar beliau agar menyatakan alasan pengguguran, maka ia adalah buruk dan teruk. Macam tercabar, lalu marah dan tunjuk ‘bekeng’.

“Logiknya Khairuddinlah yang patut mencabar sebab beliaulah yang patut rasa tercabar atau marah kerana digugurkan dengan alasan disiplin jamaah yang masih belum diketahuinya secara rasmi sebagaimana dijelaskan dalam mesyuarat Pas Pusat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya