Jangan ambil mudah soal pelupusan al-Quran yang rosak

Jangan ambil mudah soal pelupusan al-Quran yang rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jangan ambil mudah dengan membuang helaian dan cebisan ayat-ayat suci al-Quran ke dalam bakul-bakul sampah dan menganggap proses pelupusan itu selesai dengan cara berkenaan. 

Itu antara teguran yang diselitkan dalam khutbah Jumaat bertajuk, ‘Memelihara Kesucian Al-Quran Tanggungjawab Bersama’ yang disediakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan, hari ini. 

Khutbah itu turut menyarankan kepada umat Islam supaya membawa al-Quran yang rosak ke pusat pengumpulan dan pelupusan al-Quran yang ada di seluruh negara termasuk di Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam di Kuala Lumpur. 

“Sesiapa yang mempunyai mashaf al-Quran yang rosak atau apa-apa petikan ayat al-Quran pada helaian kertas, buku dan sebagainya bawalah ia ke pusat pengumpulan dan pelupusan al-Quran yang ada di seluruh negara,” menurut khutbah berkenaan. 

Kandungan khutbah itu antara lain turut menggalakkan umat Islam untuk melupuskan sendiri al-Quran yang rosak tetapi ia mestilah mengikut kaedah yang ditentukan oleh syarak. 

“Bahan-bahan tersebut hendaklah dibakar keseluruhannya di tempat yang bersih dan dikumpulkan tanpa meninggalkan sebarang cebisannya. Setelah itu, abu daripada bahan-bahan yang telah dibakar tersebut hendaklah ditanam di kawasan yang bersih dan tidak dilalui oleh orang ramai untuk mengelakkan ia daripada dipijak. 

“Selain ditanam, abu tersebut juga boleh dihanyutkan ke dalam sungai yang mengalir atau laut,” jelas khutbah itu lagi. 

Dalam pada itu, khutbah juga mengajak umat Islam supaya turut sama menjayakan kempen sumbangan dana dan wakaf al-Quran untuk disumbangkan kepada masjid, surau dan sekolah yang telah ditimpa dengan bencana banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya