Jalan pintasan Kuala Terengganu dibuka April depan - Utusan Malaysia

Jalan pintasan Kuala Terengganu dibuka April depan

FADILLAH Yusof (empat dari kanan) mendengar penerangan mengenai jalan pintasan Kuala Terengganu sejauh 5.875 kilometer di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jalan pintasan Kuala Terengganu sejauh 5.875 kilometer di sini dijangka dibuka pada April depan, sekali gus bakal meredakan masalah kesesakan di pusat bandar yang lazimnya berlaku pada Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak kontraktor terlibat memberi jaminan untuk menyiapkan projek bernilai RM220 juta itu lima bulan lebih awal berbanding jadual ditetapkan pada September.

Katanya, setakat 15 Januari lalu, kemajuan projek jalan baharu empat lorong dari persimpangan Tok Molor, Kuala Ibai ke Kampung Durian Burung itu sudah mencapai tahap 91.75 peratus.

“Projek jalan alternatif ini dimulakan sejak 2016 tetapi memakan masa lima tahun untuk disiapkan berikutan isu-isu teknikal termasuk pengambilan tanah di samping hal-hal berkaitan reka bentuk yang memerlukan penambahbaikan.

“Saya harap selepas ini tiada masalah lagi dan jalan pintasan berkenaan dapat dibuka kepada orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau projek laluan pintasan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Jalan pintasan Kuala Terengganu dibangunkan bagi memberi alternatif kepada pengguna untuk ke destinasi tanpa memasuki pusat bandar sekali gus dapat mengurangkan kesesakan.

Menurut Fadillah, pelaksanaan projek itu dalam masa sama dapat menjimatkan jarak dan masa perjalanan pengguna dari arah Kuantan, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan atau sebaliknya sehingga 30 minit.

“Di samping itu, kewujudan jalan pintasan Kuala Terengganu ini tentunya dapat memberi manfaat kepada 70,000 penduduk terutama di bandar baru Bukit Besar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya