KUALA LUMPUR: Jalan menghala ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar ditutup bermula di hadapan Dataran Maybank dekat sini, setakat pukul 8.30 pagi hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kelihatan beberapa anggota pilis trafik sedang mengawal lalu lintas.
Perkara itu dipercayai susulan satu himpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta bakal diadakan di bawah jambatan, Stesen LRT Bangsar.
Himpunan itu sebelum ini dijadual diadakan di hadapan Sogo, namun berubah tempat Pekarangan Sogo selepas satu perintah mahkamah diperoleh PDRM bagi menghalang mana-mana pihak mengadakan perhimpunan sekitar Sogo, Masjid Jamek dan Dataran Merdeka yang berkuat kuasa selama tujuh hari.
Kontroversi membabitkan Azam menjadi pertikaian ramai selepas timbul dakwaan berhubung isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan beberapa agensi media dan portal bebas sejak beberapa bulan lalu. – UTUSAN