Isu Azam Baki: Anggota PSC gesa mesyuarat diteruskan - Utusan Malaysia

Isu Azam Baki: Anggota PSC gesa mesyuarat diteruskan

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC), Abdul Latiff Abdul Rahman digesa meneruskan mesyuarat bagi membincangkan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  tanpa kehadiran Tan Sri Azam Baki.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, beliau sebagai salah seorang anggota PSC membuat gesaan tersebut kerana alasan-alasan yang dikemukakan Azam tidak cukup kukuh untuk meminta mesyuarat  ditangguhkan.

“Kalau sebab ia sudah jadi kes mahkamah, dulu ada juga kes lain yang ada kes mahkamah tapi masih boleh panggil juga, tak ada isu. PSC berkuasa untuk memanggil sesiapa sahaja hadir ke mesyuarat, jadi dakwaan Azam tidak berasas. Malah, PSC juga ada kuasa untuk memantau agensi-agensi kerajaan, jadi ketiga-tiga alasan Azam tidak boleh diterima.

“Justeru, kami menyeru pengerusi PSC supaya meneruskan mesyuarat ini, ini tidak harus ditangguhkan, banyak perkara yang boleh dibincangkan.

“Pandangan Azam itu hanya pandangan peribadi beliau. Itu alasan beliau. Azam tidak boleh override Parlimen, sepatutnya beliau datang dan beri jawapan, bila tanya baru jawab. Ini sebelum beri jawapan sudah bagi alasan tak mahu jawab,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Kata beliau, PSC tidak boleh membenarkan Azam terlepas daripada menghadiri mesyuarat kerana perbuatannya akan menjadi ikutan kepada orang lain.

“Kita tak boleh biarkan Azam, ini contoh tidak baik, kalau masa akan datang orang awam dipanggil PSC, mereka akan cuba cara sama, mereka enggan datang.

“Bagaimana Parlimen dapat berfungsi? Siapa yang dipanggil perlu tampil, pengerusi PSC perlu pertimbang keputusan dalam masa singkat,” katanya.

Jika Azam enggan juga hadir, Poay Tiong meminta supaya mesyuarat PSC diteruskan  tanpa kehadiran Azam.

“Macam mana Azam boleh atasi kuasa Parlimen, kuasa yang lebih tinggi daripada pihak lain. Kalau Azam tak datang pun, kita teruskan mesyuarat. Buat apa kita nak dengar alasan Azam, biar Azam yang putuskan beliau nak datang atau tidak.

“Kita boleh teruskan tapi beliau kena datang, kalau beliau tidak bersetuju cakap sahaja dalam mesyuarat. Dulu Ahli Parlimen Tanjung Piai pernah dipanggil PSC, masa itu dia jawab tak ingat, tak tahu…tapi dia datang,” katanya.

Seorang lagi anggota PSC, Chan Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, mesyuarat itu tidak harus ditunda tanpa menetapkan tarikh berikutnya.

“Tidak munasabah untuk tunda sampai tidak tahu tarikh baharu, pengerusi PSC harus pertimbangkan kerana kuasa memanggil di tangan beliau.

“Kalau boleh, teruskan hari esok…jika semakin lewat… pihak tertentu semakin takut untuk berdepan dengan kita,” katanya.-UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya