Inovasi sangkar ayam terapung selamatkan ternakan - Utusan Malaysia

Inovasi sangkar ayam terapung selamatkan ternakan

ABU Bakar Che Ahmad menunjukkan reban ayam terapung yang dibina bagi menyelamatkan ternakan setiap kali musim tengkujuh. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Idea kreatif membina sangkar ayam terapung sejak lima tahun lalu membolehkan seorang penternak di Kampung Tebak, Air Putih di sini menyelamatkan kesemua ternakannya setiap kali banjir melanda.

Abu Bakar Che Ahmad, 66, berkata, rekaan reban ayam terapung yang diinspirasikan daripada rumah rakit itu sekali gus dapat mengelak kerugian ribuan ringgit seperti yang pernah dialami pada 2014 selepas kawasan kediamannya dinaiki air setinggi empat meter.

Katanya, sebanyak RM2,000 dibelanjakan bagi membina reban yang menggunakan kayu dan jaring besi di samping lebih 10 tong plastik sebagai pelampung itu.

“Reban ini mampu memuatkan lebih 200 ekor ayam dan akan terapung mengikut paras air jika banjir berlaku.

“Saya lega inovasi ini membuahkan hasil kerana pernah kerugian lebih RM5,000 selepas 50 ekor ayam denak mati dihanyutkan banjir pada 2014,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya semalam.

Abu Bakar yang merupakan penoreh getah berkata, reban terapung itu lazimnya diselenggara sebelum musim tengkujuh bagi memastikan dapat berfungsi dengan baik di samping memberi keselesaan kepada ternakan.

Katanya, setiap ayam denak dijual antara RM100 hingga RM300 seekor dan mendapat permintaan tinggi dari dalam serta luar negeri.

Menurutnya, kerja-kerja memberi makan ayam akan dilakukan dengan menaiki bot gentian kaca miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya