Individu termasuk VIP langgar SOP dikenal pasti - Utusan Malaysia

Individu termasuk VIP langgar SOP dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti individu termasuk orang kenamaan (VIP) yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sebuah majlis pelancaran produk di sebuah hotel di sini.

Siasatan itu dibuat selepas polis menerima laporan pada pukul 9.50 malam semalam mengenai penularan gambar majlis tersebut dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua individu terlibat akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Menurutnya, beberapa gambar yang diambil ketika majlis berlangsung tular dalam media sosial semalam yang memaparkan beberapa individu tidak mematuhi SOP.

“Majlis tersebut dihadiri usahawan-usahawan ternama yang terlibat dalam usahasama untuk pembangunan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, siasatan dijalankan membabitkan kesalahan pelanggaran SOP PPN semasa majlis tersebut berlangsung.

“Saya mengingatkan pihak penganjur dan syarikat yang mengadakan sebarang majlis untuk memastikan tiada pelanggaran SOP PPN yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membendung penularan Covid-19,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya