Individu dakwa perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi dikenal pasti - Utusan Malaysia

Individu dakwa perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi dikenal pasti

MIOR FARIDALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis telah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang didapati memuat naik dakwaan kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi di Sabah.

Perkongsian individu itu yang disiarkan secara langsung melalui Facebook (FB Live) tular sejak Khamis lalu namun semakan pada Jumaat mendapati video berdurasi lapan minit 56 saat itu telah dipadamkan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan kes tersebut diteruskan meskipun video berkenaan telah dipadamkan daripada platform Facebook.

Katanya, berdasarkan siasatan, individu itu bukanlah pemilik premis malah tindakan suspek membuat rakaman adalah di luar pengetahuan peniaga berkenaan.

“Tuan punya kedai tidak tahu isu ini kerana ia dibuat oleh orang lain. Bagaimanapun, kita sudah kenal pasti individu yang memuat naik video itu dan siasatan kes berkenaan sedang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Media pada Jumaat lalu melaporkan, polis sedang menjalankan siasatan kes tular itu yang rakaman video dipercayai dibuat di sebuah kedai kraftangan pembuatan senjata di Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Dalam rakaman itu, individu terbabit memberitahu bakal berlaku sebuah perhimpunan dihadiri hampir 300 ulama untuk menyaksikan kebangkitan khalifah Allah iaitu Imam Mahdi.

Dia turut meminta agar orang ramai mempersiapkan diri dengan busur panah dan pedang bagi menyahut seruan jihad daripada Imam Mahdi.

“Sesiapa yang belum ada busur dan pedang, silalah dapatkan sekarang. 

“Kalau tak ada busur panah, ikhtiarlah untuk miliki pedang, RM265 sahaja siap pos,” kongsinya merujuk kepada pedang yang dijual di premis itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya