Identiti ejen perisik Israel tembak mati Dr. Fadi di KL pada 2018 didedahkan - Utusan Malaysia

Identiti ejen perisik Israel tembak mati Dr. Fadi di KL pada 2018 didedahkan

Dr. Fadi Mohammed Al Batsh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Namanya, Husam Abdul Majid Muhammad Al-Astal dan terlibat dengan Mossad (agensi risikan Zionis) sejak 1996.

Demikian identiti suspek pembunuh Dr. Fadi Mohammed al-Batsh, seorang jurutera elektrik kelahiran Gaza dan ahli Hamas yang ditembak mati oleh dua penunggang motosikal ketika dia berjalan untuk menunaikan solat subuh di Kuala Lumpur pada 2018.

Identiti tersebut didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam saluran Telegram beliau, hari ini.

Menurutnya, ‘operasi’ itu dilakukan bersama seorang pengintip Mesir dan dua pengintip bukan Arab.

“(Suspek) Merupakan pegawai di dalam Mossad dan bekerja di beberapa tempat dan terlibat dalam beberapa operasi,” katanya.

Terdahulu Kumpulan Hamas memaklumkan telah menangkap seorang warga Palestin yang didakwa bekerjasama dengan agensi pengintip Israel, Mossad, dalam pembunuhan Dr. Fadi di Malaysia.

Bapa Dr. Fadi memberitahu media Gaza bahawa dia akan menuntut hukuman mati dan meminta dia dibenarkan untuk melaksanakannya sendiri.

“Saya akan meminta untuk melakukan kepadanya apa yang dia lakukan kepada anak saya,” kata Mohammad al-Batsh kepada agensi berita Shehab yang berkaitan dengan Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya