Ibu pejabat FAM penghormatan ‘hidupkan’ legasi Almarhum Sultan Ahmad Shah  - Utusan Malaysia

Ibu pejabat FAM penghormatan ‘hidupkan’ legasi Almarhum Sultan Ahmad Shah 

ISMAIL Sabri Yaakob diiringi Hamidin Mohd. Amin melakukan gimik majlis pecah tanah Ibu Pejabat FAM di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembinaan ibu pejabat baharu Persatuan Bola Sepak Negara (FAM) menepati aspirasi ihasratkan Almarhum Sultan Ahmad Shah yang merupakan Presiden FAM dari 1984 hingga 2014, demi tuntutan bola sepak moden berprestasi tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan Ibu Pejabat FAM baharu itu bermula  tahun ini dan ibu pejabat ketiga persatuan itu selepas Wisma FAM yang terletak di Kelana Jaya  beroperasi sejak lewat 1980.

 “Syabas diucapkan kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan barisan Exco FAM atas inisiatif  ini, menerusi usaha sama dengan pemaju. 

“Ini adalah satu penghormatan paling besar yang boleh kita berikan sebagai usaha menghidupkan legasi Almarhum. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum atas segala jasa dan  sumbangan baginda dalam sukan, khususnya bola sepak,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Ibu Pejabat FAM baharu di Presint 5, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, tapak seluas 6 ekar (2.4 hektar) itu dijadikan sebagai Pusat Latihan  Kebangsaan FAM dan  pelbagai fasiliti yang mampu menampung  program bola sepak di peringkat akar umbi sehingga kebangsaan. 

Beliau berkata, majlis pecah tanah hari ini adalah simbolik permulaan kepada  pembangunan infrastruktur atau perkakasan kepada FAM kerana bakal menyediakan pelbagai fasiliti.  

Justeru, beliau berharap, projek pembinaan ibu pejabat FAM itu dapat  dilaksanakan dengan jayanya agar menjadi sumber kekuatan  kepada tadbir urus FAM dalam membentuk pasukan kebangsaan  yang mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Katanya, ini termasuk mampu membangunkan modal insan yang mahir dari segi teknikal,  pengurusan, kepengadilan dan kejurulatihan.  

“Sejajar dengan pembangunan ini, saya sebagai penyokong Harimau Malaya mewakili seluruh Keluarga Malaysia, amat mengharapkan  FAM menitikberatkan kecemerlangan serta persediaan yang  lebih baik dan rapi sebelum perlawanan agar kita tidak mudah  kecundang,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya