Hujan lebat kategori  bahaya di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Hujan lebat kategori  bahaya di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa tempat di seluruh negara.

Menurut Met Malaysia, amaran hujan berterusan kategori bahaya dijangka berlaku di beberapa tempat di Negeri Sembilan. 

“Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) sehingga Sabtu, 1 Januari. 

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam,” katanya. 

Selain itu, amaran hujan berterusan berkategori buruk dijangka berlaku di beberapa tempat di di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); Negeri Sembilan (Rembau); Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Sabtu, 1 Januari. 

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam,” ujarnya. 

Tambahnya, amaran hujan berterusan berkategori waspada juga dijangka berlaku di beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. 

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan; Terengganu; Pahang (Bentong dan Temerloh); Selangor (Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) sehingga Sabtu, 1 Januari. 

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. 

Terdahulu, Met Malaysia mengeluarkan amaran pada pukul 6.30 pagi di laman Facebook rasminya, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya