Hujan berterusan di 9 negeri, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 4 Januari - MetMalaysia - Utusan Malaysia

Hujan berterusan di 9 negeri, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 4 Januari – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa hujan berterusan akan terus melanda di sembilan negeri sehingga 4 Januari.

Katanya, negeri-negeri yang terlibat adalah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Amaran hujan sangat lebat berterusan peringkat bahaya diramalkan di Johor membabitkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru hari ini.

“Amaran hujan lebat peringkat buruk berterusan pula dijangka berlaku di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, selain seluruh Negeri Sembilan dan Melaka sehingga esok,” katanya dalam kenyataan.

MetMalaysia juga memaklumkan, hujan berterusan peringkat waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh, manakala di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga Selasa.

Situasi sama turut dijangka berlaku di Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, selain Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan berterusan sehingga esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya