Hospital Taiping nafi keluarkan resit RM6,170.64 kos rawatan kanak-kanak ketumbuhan otak - Utusan Malaysia

Hospital Taiping nafi keluarkan resit RM6,170.64 kos rawatan kanak-kanak ketumbuhan otak

RESIT bayaran kos rawatan kanak-kanak ketumbuhan pada otak yang didakwa dikeluarkan Hospital Taiping yang tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Hospital Taiping menafikan pihaknya mengeluarkan satu resit bayaran berjumlah RM6,170.64 untuk kos rawatan seorang kanak-kanak yang mengalami ketumbuhan pada otak di hospital itu yang tular dalam laman sosial.

Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof berkata, siasatan mendapati resit bayaran dalam hantaran di media sosial itu adalah palsu.

Menurutnya, resit bayaran itu tidak dikeluarkan daripada mana-mana pihak di Hospital Taiping.

“Siasatan juga mendapati penama dan maklumat pada nombor resit yang tertera dalam resit itu tidak sahih.

“Malah pesakit berkenaan tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di mana-mana jabatan atau klinik di bawah Hospital Taiping.

“Sehubungan itu, pihak hospital menafikan kesahihan resit tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak hospital mengecam tindakan individu atau pihak yang mengguna pakai nama institusi kesihatan dan maklumat palsu untuk kepentingan peribadi.

“Pihak pengurusan Hospital Taiping mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dalam tempoh pandemik,” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial satu hantaran yang memohon bantuan kewangan daripada orang ramai untuk menjelaskan kos rawatan seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa mengalami penyakit ketumbuhan otak yang mendapat rawatan di Hospital Taiping. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya