Hospital Pengajar Unisza operasi secara berperingkat mulai April 

Hospital Pengajar Unisza operasi secara berperingkat mulai April 

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Kuala Nerus yang dibangunkan dengan kos bernilai RM281 juta bakal memulakan operasinya pada April depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pengoperasian hospital berkenaan dibuat secara berperingkat selepas kelengkapan perubatan selesai dipasang di wad-wad.

Katanya, hospital setinggi enam tingkat yang dilengkapi 200 katil itu siap sepenuhnya pada 11 Disember 2021.

“Hospital Pengajar Unisza sudah siap dan cuma menunggu tarikh untuk diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Rata-rata warga Unisza turut gembira dengan projek pembinaan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau projek laluan pintasan Kuala Terengganu di sini hari ini.

Fadillah berkata, selain blok utama, antara kemudahan lain di Hospital Pengajar Unisza ialah blok kejuruteraan di samping pengurusan jenazah dan hyperbaric. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya