Hari pertama banjir di Selangor saya turun lapangan - PM - Utusan Malaysia

Hari pertama banjir di Selangor saya turun lapangan – PM

Projek pendalaman Sungai Klang akan dilaksana dua bulan lagi bagi elak banjir di Selangor.-UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan,  beliau sudah berada di lapangan sejak hari pertama Selangor dilanda banjir pada 18 Disember lalu.

Perdana Menteri berkata,, beliau membuat keputusan untuk campur tangan kerana menyedari situasi banjir semakin kritikal di Selangor.

“Saya bergegas ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui situasi sebenar di lapangan melalui penerangan oleh Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Di sana, saya telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan talian hotline bagi memudahkan aduan dan pertanyaan berkaitan banjir melalui NDCC,” katanya dalam Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Jelasnya lagi, beliau menghubungi Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat dan Ketua Polis Negara bagi menggerakkan anggota dan aset tambahan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari negeri berhampiran ke Selangor bagi membantu pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta lain-lain agensi yang sedang giat melaksanakan operasi menyelamat.

“Ini kerana sebahagian besar aset seperti bot penyelamat telah siap sedia ditempatkan di negeri-negeri lain khususnya Pantai Timur yang dijangkakan berisiko berdepan dengan banjir besar,” katanya.

Tambahnya, susulan komunikasi tersebut, Panglima Angkatan Tentera mengarahkan Panglima 11 Briged untuk serta-merta mengatur gerak anggota dan aset tambahan ke kawasan yang terjejas.

Malah, katanya, Ketua Polis Negara juga telah mengarahkan tambahan anggota dan aset dari negeri-negeri yang berhampiran untuk membantu pasukan sedia ada.

“Sejurus selepas selesai di NDCC, saya telah melakukan tinjauan situasi banjir di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights sehingga lewat malam.

“Jadi kalau kata, saya tiada…tak nampak muka, hari pertama saya sudah keluar berada di lapangan. Cuma, tak tahulah, rakan lain…mungkin tak nampak rakan lain, ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bekerja waktu itu.

“Keesokannya pada Ahad 19 Disember 2021, saya juga telah melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Klang dan PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya