Hanya ATM Guardians masih kebal - Utusan Malaysia

Hanya ATM Guardians masih kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pusingan pertama Kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 yang diadakan di Stadium Titiwangsa, dekat sini, sudah semakin tiba di penghujung dengan minggu terakhir bakal berlangsung, minggu ini.

Apabila pusingan pertama selesai, musim ini, akan berehat selama seminggu sebelum pusingan timbal balik bersambung di tiga negeri iaitu bermula di Kelantan, Pulau Pinang dan Perak.

Selepas tiga minggu, hanya ATM Guardians yang masih kebal dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengumpul 12 mata daripada enam perlawanan.

Naib juara musim lalu itu bukan sekadar mendahului carta STL, tetapi skuad bimbingan Aswadi Abdullah tersebut turut memiliki kelebihan satu perlawanan di tangan bersama-sama pasukan di tangga kedua, Penang Black Panthers.

Kedua-dua pasukan itu telahpun melengkapkan enam perlawanan, berbanding tujuh pertemuan yang disempurnakan lapan pasukan lain daripada 10 pasukan yang beraksi dalam Liga Premier.

Beraksi kurang satu perlawanan, ini bermakna kedua-dua pasukan bakal mengharungi jadual padat pada minggu terakhir di ibu negara kerana perlu bermain tiga perlawanan berbanding dua aksi bagi lapan pencabar lain.

Ujian getir menanti ATM Guardians yang akan berdepan Penang Black Panthers Jumaat ini, Selangor Pistons (Sabtu) dan Kelantan Warriors (Ahad).

Sementara itu, pencabar terdekat, Penang Black Panthers yang merasai kekalahan pertama di tangan Putrajaya Cyborg, Sabtu lalu,, anak-anak buah Mohamad Fazil Mohd Asri itu akan menghitung pertemuan dengan dua pasukan yang berada dalam kelompok tiga tercorot iaitu Perak Bison dan Johor Tigris.

Kalau diikutkan di atas kertas, laluan lebih perit menanti ATM berbanding Harimau Kumbang.

Namun, perlu diingat lawan mereka iaitu Perak dan Johor sudah tentu mahu memburu kemenangan berharga bagi mengelak daripada terus menghuni dalam kelompok tercorot.

Malah, pasukan Johor Tigris sudah menyatakan ikrar mereka untuk terus berjuang habis-habisan kerana mahu menempatkan diri mereka dalam kelompok enam terbaik liga.
Ini disebabkan perebutan Piala Juara-Juara hanya menampilkan enam pasukan terbaik daripada Liga Premier dan Divisyen 1, pertandingan itu yang diadakan di Johor.

Selaku tuan rumah, mereka sudah pasti mahu beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Walau apa pun keputusannya sebaik pusingan pertama berakhir nanti, aksi timbal balik masih menanti 10 pasukan Liga Premier dan persaingan akan menjadi lebih sengit kerana ada beberapa pasukan bakal dilengkapi pemain import serta prestasi konsisten perlu dikekalkan jika berhajat menjadi pencabar gelaran.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya