Hampir 40 peratus individu dewasa terima dos penggalak - Utusan Malaysia

Hampir 40 peratus individu dewasa terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pemberian suntikan dos penggalak mencatatkan angka tertinggi dengan banyak 260,346 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos penggalak adalah 8,806,581 setakat ini.

Ketua Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Kementerian Kesihatan, Dr. Mahesh Appannan berkata, angka itu menunjukkan hampir 40 peratus individu dewasa yang layak telah pun menerima dos penggalak.

“Program PICK-Booster terus rancak dan mencatat rekod baharu bagi pemberian dos penggalak untuk tiga hari berturut-turut.

“Dari Isnin hingga Khamis, hampir satu juta dos penggalak telah diberi. Ini bermaksud hampir 40 peratus daripada dewasa yang layak sudah pun menerima dos penggalak,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Pada masa sama, katanya, pemberian dos penggalak bagi individu yang sebelum ini menerima AstraZeneca sebagai dos primer juga amat menggalakkan.

“Walaupun sela masa baru sahaja dipendekkan ke tiga bulan, liputan mereka yang layak sudah pun mencapai 33.7 peratus. Daripada jumlah ini, lebih 40 peratus telah mengambil AstraZeneca sebagai dos penggalak.

“Kami di Kementerian Kesihatan juga memantau pencapaian program dos penggalak dari pelbagai sudut demografik supaya dapat merancang program outreach, komunikasi dan sebagainya.

“Dasar yang mementingkan janji temu untuk warga emas terserlah dengan liputan yang lebih tinggi bagi golongan ini berbanding yang muda,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya