Hakim kanan didakwa berbogel buat laporan polis - Utusan Malaysia

Hakim kanan didakwa berbogel buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang hakim kanan yang didakwa berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur seorang wanita membuat laporan polis balas terhadap dakwaan mangsa.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Mohamad Farouk Eshak berkata, hakim tersebut mendakwa wanita berkenaan membuat laporan polis palsu terhadapnya.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan tersebut beberapa hari selepas wanita tersebut membuat laporan polis berkaitan kejadian  didakwa berlaku pada Ogos 2020.

 “Saya mengesahkan bahawa hakim itu juga telah membuat laporan polis terhadap wanita tersebut beberapa hari selepas itu.

“Bagaimanapun, kita masih menyiasat lanjut berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Media semalam melaporkan polis menyiasat seorang hakim kanan selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita berkahwin pada 2020.

Kejadian didakwa berlaku apabila lelaki itu melawat kediaman wanita itu yang tinggal bersama suaminya yang terlantar sakit sebelum meminta izin untuk solat. 

Bagaimanapun, mangsa mendakwa lelaki tersebut solat terlalu lama sebelum memeriksa biliknya dan mendapati dia baring atas katil dalam keadaan bogel. 

Lelaki itu dikatakan meninggalkan rumah itu pada pukul 3 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya