Haji: Malaysia harap Arab Saudi tidak sekat jemaah

Haji: Malaysia harap Arab Saudi tidak sekat jemaah

IDRIS Ahmad (dua dari kanan) beramah mesra dengan peserta Konvensyen Pendidikan Islam Terengganu 2021 di Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Malaysia berharap Arab Saudi tidak mengenakan sekatan kepada jemaah negara ini bagi menunaikan ibadah haji susulan penularan varian baharu Covid-19, Omicron.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, buat masa ini belum ada perbincangan terkini dilakukan dengan kerajaan berkenaan berhubung status kebenaran perjalanan jemaah.

Bagaimanapun, menurut beliau, perincian mengenai perkara itu dijangka dibincangkan selewat-lewatnya bulan depan.

“Perbincangan sepatutnya dibuat pada bulan ini atau bulan depan dan setakat pertemuan lalu, pihak mereka membenarkan jemaah kita ke sana.

“Kita harap soal Covid-19 tidak menjadi sebab kerajaan Arab Saudi menyekat atau menutup jemaah ke tanah suci dan Alhamdulillah kita tengok sehingga kini, tiada lagi syarat berkenaan ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat pembentangan dalam Konvensyen Pendidikan Islam Terengganu 2021 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Idris menjelaskan keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah berkuat kuasa 8 Januari ini turut mendapat pandangannya.

Katanya, beliau bersama-sama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terlibat dalam jawatankuasa berkenaan di samping Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

“Keputusan penangguhan dibuat secara bersama demi kepentingan awam ekoran penularan varian Omicron,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan penegasan Idris yang tidak wujud diskriminasi terhadap orang Islam dalam isu penangguhan ibadah umrah sebagaimana didakwa ramai pihak kerana perbincangan telah dibuat dengan agensi berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya