Hafizh mahu nikmati perlumbaan MSF SuperMoto - Utusan Malaysia

Hafizh mahu nikmati perlumbaan MSF SuperMoto

HAFIZH SYAHRIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tidak mahu meletakkan harapan tinggi pada penampilannya di Pusingan ketiga MSF SuperMoto 2021/22 yang dijadualkan berlangsung di Litar Tangkak, Johor, hari ini, Hafizh Syahrin Abdullah hanya mahu menyesuaikan diri dengan suasana perlumbaan.

Bagaimanapun, bekas pelumba Moto GP itu menjangkakan satu pertarungan sengit dengan bekas pelumba terkemuka di Kejuaraan Motosikal Dunia iaitu Azlan Shah Kamaruzaman.

Selain Azlan Shah, dua lagi pelumba elit SuperMoto iaitu juara dua kali SuperMoto Asia FIM, Gabit Salleh dan Danial Haiqal turut bakal memberi cabaran sengit kepada Hafizh.

Tambahnya, penampilannya kali ini adalah sekadar mencari rentak dan merasakan SuperMoto adalah satu medan untuknya membuat latihan menjelang Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) nanti.

“Saya tidak mahu memikirkan sangat persaingan yang akan diterima nanti. Saya hanya mahu bertenang kerana masih mencari rentak.

“SuperMoto ini adalah satu latihan yang menyeronokkan dan menarik,” katanya yang akan menggunakan jentera CBR1000RR-R bersama MIE Racing Honda Team dalam saingan WSBK nanti.

Untuk kempen WSBK, pelumba berusia 27 tahun itu akan bergandingan bersama Argentina, Leandro Mercado yang pada musim lalu menamatkan kempen WSBK di kedudukan ke-21 dengan 33 mata keseluruhan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya