Hadis kata Allah tunai 100 hajat dianggap lemah - Utusan Malaysia

Hadis kata Allah tunai 100 hajat dianggap lemah

TANGKAP layar memaparkan laman PMWP mengenai perihal hadis lemah yang disebabkan masalah perawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam digalakkan memperbanyak amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW pada hari Jumaat kerana memang ada kelebihan yang tidak dapat dinafikan.

 Bagaimanapun, hadis yang mendakwa konon ada fadilat sesiapa berselawat 100 kali setiap kali Jumaat akan dikabulkan 100 hajat oleh Allah adalah terlalu daif atau lemah untuk diyakini.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) memkalumkan, menurut hantaran terkini dalam Irsyad Al-Hadith disiarkan laman sesawang rasminya semalam, hadis itu boleh diragui kredibilitinya.

 “Hadis ini amat lemah disebabkan beberapa sebab antaranya ada dua perawi bermasalah iaitu Hakkamah binti Uthman dan bapanya sendiri, Uthman bin Dinar dan kedua-dua mereka merupakan periwayat hadis yang tiada kewibawaan dalam periwayatan sabda Nabi Muhammad SAW walaupun bersumberkan dari sahabat baginda, Anas bin Malik.

 “Bahkan kajian seorang ulama kontemporari, al-‘Uqaili mendapati bahawa Hakkamah sering dikesan meriwayatkan banyak hadis batil yang tiada teks asal daripada ayah beliau sendiri,” katanya.

 Pada masa sama, ujar PMWP, hadis berkenaan diriwayatkan wanita itu secara tafarrud atau bersendirian kerana tiada jalur lain yang menyokong periwayatan disampaikan Hakkamah.

 Ramai ulama hadis turut mempertikai kredibiliti Uthman antaranya Imam al-Zahabi yang mengkritik beliau sebagai perawi tiada kelayakan dalam periwayatan hadis Rasulullah SAW. Hadis ini namun ditemukan dalam beberapa kitab antaranya al-Targhib wa al-Tarhib oleh Qawam al-Sunnah selain Imam Abu Bakar al-Baihaqi dalam kitab Syu’ab al-Iman dan Fadail al-Awqat.

 Ia popular kerana orang awam tidak mahir ilmu hadis melihat riwayat jalur bertemu madar atau paksi yang sama bersumberkan dari Anas, iaitu sahabat Nabi SAW terakhir meninggal dunia.

 Walaupun hadis ini bertaraf daif, PMWP tidak pula menafikan kelebihan berselawat ke atas baginda pada Jumaat, antaranya hadis dinukilkan al-Baihaqi dalam kitab al-Sunan al-Kubra yang bermaksud, banyak selawat ke atasku pada setiap Jumaat, kerana selawat umatku dibentang kepadaku pada setiap Jumaat dan yang paling banyak adalah paling hampir kedudukannya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya