Guru madrasah, pelajar mengaku salah ceroboh hutan simpan - Utusan Malaysia

Guru madrasah, pelajar mengaku salah ceroboh hutan simpan

ISMAIL Talib (kanan) dan Khairulanuar Zulkifli yang dituduh menceroboh kawasan hutan simpan dibawa di Mahkamah Seksyen, Sungai Petani hari ini. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang guru madrasah dan pelajarnya dijatuhi hukuman denda RM1,500 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen, Sungai Petani hari ini selepas mengaku salah terhadap pertuduhan menceroboh kawasan Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik dekat sini pada Ogos tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang juga guru madrasah tersebut, Ismail Taib, 69, dan pelajarnya, Kairulanuar Zulkifili, 34, dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang berkhidmat di sebuah madrasah di Kampung Tembak B, Kuala Ketil, dituduh memasuki kawasan Kompartmen 23, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik tanpa permit bersama pelajarnya pada pukul 11.30 pagi.

Mereka ditahan oleh anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ketika melakukan rondaan di kawasan hutan simpan berkenaan.

Kedua-dua mereka dijejaki selepas anggota yang bertugas mendengar bunyi mesin gergaji rantai di hutan berkenaan sebelum mereka ditemukan sedang berehat di kawasan lapang yang sudah dibersihkan selain terdapat pembakaran kayu di situ.

Mereka kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan permit memasuki hutan simpan kekal mereka ditahan oleh anggota bertugas dan merampas tiga bilah parang, tiga tong minyak serta tiga buah motosikal.

Kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan mengikut Subseksyen 47 (1) (c) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) yang diterima pakai oleh Negeri Kedah di bawah Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 47 (4) Enakmen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Naquiah Jusoh dan Naliatul Huzaimi Ab. Rasip manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding berlangsung, kedua-dua tertuduh membuat rayuan agar denda yang dikenakan dikurangkan memandangkan kedua-dua mereka orang susah selain masih perlu menyara keluarga.

Bagaimanapun Naquiah memohon satu hukuman setimpal dikenakan memandangkan mereka melakukan kesalahan menceroboh hutan simpan yang merupakan kawasan tadahan air untuk mengelak berlakunya bencana alam.

Kedua-dua tertuduh kemudiannya membayar denda berkenaan di Komplek Mahkamah Sungai Petani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya