Guru maahad tahfiz bebas dua pertuduhan seksual terhadap pelajar - Utusan Malaysia

Guru maahad tahfiz bebas dua pertuduhan seksual terhadap pelajar

MOHAMAD Ajmal Mohamed Khairi hadir di Mahkamah Tinggi di Shah Alam Selangor hari ini bagi mendengar keputusan rayuan oleh pihak pendakwaan berhubung kesalahan berkaitan seksual yang dihadapinya pada Julai 2018. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang guru agama terlepas pertuduhan kedua dan ketiga daripada tiga pertuduhan berkaitan amang seksual serta persetubuhan luar tabii yang dituduh ke atasnya selepas Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.

Mohamad Ajmal Mohamed Khairi, 26, terlepas pertuduhan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 atau Akta 792 dan Seksyen 377 C Kanun Keseksaan atau Akta 574.

Hakim, Hasbullah Adam dalam alasan penghakimannya memberitahu pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bagi Seksyen 14 (b) yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama serta pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun, beliau memerintahkan Mohamad Ajmal membela diri di Mahkamah Sesyen Ampang selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan pertama iaitu kesalahan amang seksual di bawah Seksyen 14 (a) Akta 792.

“Justeru, mahkamah ini memerintahkan bahawa rayuan pendakwa raya dibenarkan dan tertuduh dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) akta tersebut yang dibaca bersama di bawah Seksyen 16 akta sama di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Ampang,” katanya.

Oleh demikian mahkamah menetapkan kes disebut semula di Mahkamah Sesyen Ampang pada pukul 2 petang hari ini.

Sebelum ini, Mohamad Ajmal dituduh di mahkamah berkenaan pada 19 Julai 2018 bagu ketiga-tiga pertuduhan selepas ditangkap pada 10 Julai tahun sama kerana berbuat demikian terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah maahad tahfiz di Hulu Langat pad 8 Jun 2018.

Dua pertuduhan kemudian dibicarakan serentak pada 16 April 2019 dan ditutup pada 21 Julai tahun sama.

Hakim Mahkamah Sesyen kemudian memutuskan pada 4 Oktober 2019 bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi ketiga-tiga kesalahan pertuduhan tersebut selepas empat saksi pertuduhan dipanggil sebelum tertuduh dilepas dan dibebaskan ke atas ketiga-tiga pertuduhan.

Oleh demikian, pendengaran penuh bagi kes rayuan tersebut di Mahkamah Tinggi telah ditetapkan pada 25 Januari lalu yang mana pihak perayu dan responden bersetuju supaya rayuan dan pendengaran dibuat berdasarkan pada hujahan-hujahan bertulis yang difailkan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali, sementara tertuduh pula diwakili peguam dari Firma Ishrakh Saad & Co, Ahmad Ishrakh Saad. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya