Gugur Khairuddin tiada kaitan MN - Utusan Malaysia

Gugur Khairuddin tiada kaitan MN

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguguran Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas selepas kurang dua bulan dilantik memegang jawatan itu tiada kaitan dengan Muafakat Nasional (MN).

Memberitahu Mingguan Malaysia, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perubahan tersebut adalah satu perkara biasa dan bukannya mempunyai kaitan dengan MN.

Menurut beliau, pengguguran ahli Parlimen Kuala Nerus itu adalah bagi melantik orang lain yang mempunyai kepentingan dalam konteks jawatan kuasa parti itu.

“Khairuddin dicadang dilantik (semula) oleh Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dan kemudian Presiden tarik balik cadangan itu kerana selepas kita mesyuarat, Presiden ada cadangan nama lain dan beliau (Mohd. Khairuddin) digugurkan.

“Jadi tidak ada kaitan dengan MN, ini masalah dalaman parti. (Maka) tak ada isu sangat. Khairuddin juga masih kekal cuma tidak dalam AJK Pas Pusat, ada program-program lain yang diuruskannya,” katanya ketika dihubungi semalam.


MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Pada 23 November lalu, Mohd. Khairuddin adalah antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK Pas bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, semalam media melaporkan, Abdul Hadi mengesahkan pengguguran Mohd. Khairuddin sekali gus menjawab persoalan yang bertiup baru-baru ini.

Namun, ada mengaitkan pengguguran bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu dengan desakannya yang mahukan Pas mengutamakan kerjasama dengan UMNO menerusi MN.

Malah, selepas digugurkan, Mohd. Khairuddin tampil bersuara mengenai kewajipan mengukuhkan perpaduan MN dalam satu hantaran di laman Facebook, malam kelmarin. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya