Gudang kayu palet, uniform lama di Kertih terbakar - Utusan Malaysia

Gudang kayu palet, uniform lama di Kertih terbakar

BOMBA memadamkan kebakaran di gudang milik CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd. di Kertih, di Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sebuah gudang yang menempatkan kayu palet dan uniform lama di kilang CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd. di Kertih, di sini, hangus dalam kebakaran, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Azman Alias berkata, sepasukan 22 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, antara barangan lain yang hangus ialah dokumen di samping sebuah lori jenis Daihatsu Grandmax.

“Tiada bahan kimia yang dikesan dalam gudang itu dan ketangkasan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azman berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 11 malam dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN