Graduan berpantang tetap naik pentas ambil ijazah - Utusan Malaysia

Graduan berpantang tetap naik pentas ambil ijazah

YUS Amira Mohd. Yusuf bersama suaminya, Mohamd Amirul Hakim Mohd. Sanusi menerima ijazah dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-12 Unisza, di Kuala Nerus hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Baru lima hari melahirkan cahaya mata sulung tidak menghalang Yus Amira Mohd. Yusuf, 26, menghadiri majlis konvokesyen di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), hari ini.

Yus Amira bersama suaminya, Mohamd Amirul Hakim Mohd. Sanusi, 26, antara graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi  Maklumat (Informatik Media) sesi 2020 yang berjaya menamatkan pengajian. 

Katanya, majlis konvokesyen itu sememangnya dinantikan mereka, justeru dia sanggup meminta izin daripada doktor agar dibenarkan keluar hospital.  

“Saya bersalin secara pembedahan, jadi terpaksa sentiasa berhati-hati dan menggunakan kerusi roda ketika acara berlangsung,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-12 Unisza, di sini. 

Menurut Yus Amira, bayi lelakinya, Muhammad Umar Al-Fateh tidak dibawa bersama kerana masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. 

“Bayi saya dilahirkan pada 20 Januari lalu tetapi masih ditempatkan di hospital,” katanya yang berkahwin pada 1 Januari 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya