FAMA sasar perluas Jualan My Rakyat di 152 lokasi

FAMA sasar perluas Jualan My Rakyat di 152 lokasi

MOHAMAD Mustahapa Awang menyantuni pelanggan selepas melancarkan Program Jualan My Rakyat di ibu pejabat FAMA kelmarin. – FOTO/IHSAN FAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas menyaksikan kejayaan pada sepanjang tahun lalu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal memperluaskan lagi program Jualan My Rakyat.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Datuk Mohamad Mustahapa Awang, pada tahun lalu agensi tersebut berjaya membuka 146 lokasi di seluruh negara.

Namun untuk tahun ini ujar beliau, jumlahnya akan ditambah lagi kepada 152 lokasi strategik dengan nilai jualan semua peserta yang diunjurkan mampu mencecah sebanyak RM3.5 juta.

“Program ini turut mewujudkan ruang peluang perniagaan buat usahawan tani berpotensi,” katanya menerusi kenyataan selepas melancarkan jualan tersebut di ibu pejabat FAMA kelmarin.

Uniknya, FAMA memilih tema khas Kelate Kito dengan 24 peserta menawarkan pelbagai produk hiliran istimewa negeri itu termasuk pelbagai jenis ubi dan keladi serta makanan tradisi unik.

Antaranya keropok gote, pulut ike bekok, ikan bakar Stadium KB, sate Berek 12, nasi perut air asam, kubo guling, jata emas, satar, sabak dan dimeriahkan dengan persembahan dikir barat.

Hari ini, program My Rakyat bertema Kelate Kito itu berlangsung di tapak Pasar Tani MAEPS Serdang dekat sini manakala esok pula bertempat di Pasar Tani Stadium Shah Alam, Selangor.

Mengulas lanjut, Mohamad Mustahapa berkata, pada tahun lepas, nilai jualan program tersebut mampu merekodkan RM3.39 juta dengan melibatkan penyertaan seramai 4,736 usahawan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya