FAM pilih Korea Selatan ? - Utusan Malaysia

FAM pilih Korea Selatan ?

Jurulatih dari Korea Selatan Kim Hak Bum (kiri) dan Kim Pan Gon antara calon yang sedang diteliti oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teka-teki siapa ketua jurulatih baharu Harimau Malaya akan diketahui selewat-lewatnya awal bulan depan.

Difahamkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah mempunyai beberapa calon dari Korea Selatan, namun sedang melakukan proses pemilihan terakhir

Dua nama yang disebut-sebut dalam senarai calon akhir itu Kim Hak Bum yang pernah menjadi jurulatih skuad Olimpik Korea Selatan, selain Kim Pan Gon pula yang merupakan bekas jurulatih kebangsaan Hong Kong.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada calon pengganti Tan Cheng Hoe dari Korea Selatan.

Katanya, buat masa ini tumpuan diberikan kepada Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang baru memulakan siasatan laporan prestasi pasukan kebangsaan pada aksi Piala AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

“Berkaitan jurulatih, saya tidak dapat beri apa-apa komen, saya tiada clue (petunjuk) langsung mengenai perkara ini.

“Bagaimanapun, saya difahamkan berkemungkinan pada hujung Januari ini atau awal Februari depan akan diumumkan pelantikan jurulatih baharu,” katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Kegagalan di Piala AFF 2020 menjadi titik permulaan skuad Harimau Malaya dikritik daripada pelbagai sudut sehingga memaksa Cheng Hoe mengambil keputusan meletak jawatan meskipun beliau tidak dapat membawa skuad terkuat di kempen kali ini.

Peletakan jawatan itu, belum cukup meredakan kemarahan netizen terutamanya yang terus mendesak agar barisan pengurusan pasukan Harimau Malaya termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd. Amin untuk meletak jawatan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan bahawa FAM telah mengintai beberapa calon jurulatih terdiri daripada Jepun, Korea Selatan, Sepanyol dan England untuk menduduki ‘kerusi panas’ yang ditinggalkan bekas jurulatih Kedah itu.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya