Elisya Sandha hamil anak pertama - Utusan Malaysia

Elisya Sandha hamil anak pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Elisya Sandha, 22, kini hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suami, Uzair Haqimy, 25.

Khabar itu dikongsi Elisya menerusi sebuah video imbasan 2021 yang dimuat naik di Instagram (IG) baru-baru ini.

Pelakon Hello Jangan Tapau Cintaku itu bagaimanapun belum memperkatakan tentang kehamilannya kepada umum.

Namun peminat lebih awal meneka sementelah terlihat sekeping gambar imbasan ultrabunyi yang diselitkan di dalam video berkenaan.

“Hari itu masa Elisya pergi makan nasi kandar, lepas itu kata lepas makan semua terkeluar balik.

“Sudah agak, awak mesti hamil. Alhamdulillah,” tulis pemilik akaun IG, hsnurbil.

Netizen dalam pada itu tidak melepaskan peluang menulis ucapan tahniah di ruangan komen.

“Wah, nampak gambar imbasan bayi. Tahniah” tulis pemilik akaun IG, aishah.tarmizi.31.

Elisya dan Uzair disatukan sebagai suami isteri sekitar Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut mengenal hati budi masing-masing selama lima tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya