Dua rentung, tujuh melecur dalam kebakaran rumah setinggan - Utusan Malaysia

Dua rentung, tujuh melecur dalam kebakaran rumah setinggan

KEBAKARAN rumah setinggan mengakibatkan dua mangsa rentung di Jalan Apas Batu 2 1/2 Kampung Sungai Buaya, Tawau tengah malam tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Dua mangsa rentung manakala tujuh individu lain melecur dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan kira-kira 40 buah rumah setinggan di Jalan Apas Batu 2 1/2 Kampung Sungai Buaya, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita ditemukan rentung di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada pukul 12.32 tengah malam dan sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi didapati kira-kira 40 buah rumah setinggan musnah sepenuhnya dalam kebakaran berkenaan.

Operasi pemadaman kebakaran dilakukan menggunakan dua saliran air iaitu dari jentera tangki air dan sumber air terbuka dari parit berhampiran.

Terdapat sembilan mangsa terlibat dan tujuh mangsa yang mengalami melecur antara satu hingga 86 peratus telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Julius berkata, semasa operasi pemadaman, dua mangsa ditemukan rentung pada pukul 4.45 pagi dan 5.50 pagi dan kedua-dua identiti mangsa masih belum diketahui.

Operasi pemadaman terkawal pada 2.07 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.20 pagi.

Mayat mangsa rentung diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya