Dua lelaki warga Kemboja ditahan bantu siasatan kes samun pusat tuisyen - Utusan Malaysia

Dua lelaki warga Kemboja ditahan bantu siasatan kes samun pusat tuisyen

CHA HOONG FONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua lelaki warga Kemboja ditahan bagi membantu siasatan kes samun sebuah pusat tuisyen di Lorong Selamat/KS 3 Sungai Udang lima hari lalu.

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 29 tahun itu ditahan di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam dan Kampung Johan Setia di sini pada pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut merampas dua tablet jenama Apple yang dipercayai hilang dalam kejadian itu.

“Kes dilaporkan berlaku pada 28 Disember lalu apabila seorang guru tuisyen yang pergi ke pusat itu mendapati pintu bahagian hadapan premis terbabit telah diumpil pada pukul 12.30 tengah malam.

“Pengadu membuat pemeriksaan dalam premis dan mendapati 10 tablet jenama Apple, projektor jenama NEC (2) dan masing-masing sebuah kamera DSLR jenama Nikon dan televisyen jenama Sharp hilang,” katanya.

Menurut Hoong Fong, pihaknya masih giat meneruskan siasatan bagi mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya