Dua lagi PPS dibuka di Jempol, 343 orang mangsa banjir

Dua lagi PPS dibuka di Jempol, 343 orang mangsa banjir

AHLI Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif turut meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Palong 1, Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Dua buah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di daerah ini menjadikan sebanyak enam buah PPS yang beroperasi menempatkan mangsa banjir yang terjejas.

Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Nawal Mohamed Amin berkata, dua PPS itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mansor di Bahau dan SMK Palong 7.

“Pihak pengurusan bencana daerah yang disertai pelbagai agensi sedang menguruskan pembukaan PPS berkenaan. Beberapa kawasan di sekitar taman perumahan di Bahau diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga manakala sebuah taman perumahan sudah dinaiki air selain kawasan sekitar Kampung Jeram Panjang juga sudah dinaiki air. 

“Kani sedang menguruskan keadaan di sini dengan cepat namun turut berdepan kesukaran apabila petugas tidak dapat ke lokasi berikutan jalan tidak boleh dilalui menggunakan kenderaan biasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, katanya, sehingga pukul 2 petang tadi, seramai 343 orang mangsa banjir berada di PPS yang telah dibuka sejak semalam iaitu membabitkan 97 orang mangsa yang  berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Palong 1.

“Seramai 32 orang mangsa lagi berada di PPS Kampung Dato Johan, 119 mangsa di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sialang dan 95 mangsa di PPS SK Rompin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya