Dr. Mahathir selamat jalani prosedur perubatan elektif - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir selamat jalani prosedur perubatan elektif

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menjalani prosedur perubatan elektif di Institut Jantung Negara (IJN).

IJN dalam satu kenyataan berkata, prosedur itu berjalan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang oleh sepasukan doktor daripada IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM).

“Beliau kini sedar sepenuhnya dan bersemangat tinggi. Berdasarkan perkembangan klinikal semasa, beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam beberapa hari,” kata kenyataan itu hari ini.

IJN tidak membenarkan sesiapa melawat Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pada 23 Disember lalu, Dr. Mahathir yang sebelum ini menjalani rawatan dan pemeriksaan di IJN dibenarkan keluar dari pusat rawatan itu. Beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian susulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya