PETALING JAYA: “Doakan misi team kami”.
Demikian tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenai misi kemanusiaannya yang kini berada di Segamat, Johor bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
Segamat merupakan antara daerah di Johor yang terjejas teruk ekoran banjir.
Beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah itu bagi penempatan mangsa banjir.
Melalui hantaran terbaharunya di Facebook, Ustaz Ebit Lew mengepilkan gambar pasukannya yang lengkap dengan bot penyelamat dan kenderaan pacuan empat roda bagi meredah banjir menyelamatkan mangsa.