Dikaitkan dengan Shuib, Nana anggap usikan manja peminat - Utusan Malaysia

Dikaitkan dengan Shuib, Nana anggap usikan manja peminat

SITI NORDIANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Siti Nordiana menganggap tindakan peminat yang mengaitkannya dengan pelawak, Shuib Sepahtu sebagai usikan manja dan tidak keterlaluan.

Kata penyanyi yang mesra disapa Nana itu, dia sendiri tidak faham bagaimana boleh dikaitkan dengan suami kepada penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin itu memandangkan mereka sudah lama tidak berhubung.

“Saya anggap sebagai usikan manja peminat. Saya pun tak faham macam mana boleh digosipkan dengan Shuib.

“Kami sudah lama tak berhubung. Dia rakan industri saya. Berjumpa pun apabila ada program yang menemukan kami bersama. Mungkin gosip antara kami ini satu kebetulan,” katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

SHUIB

Menurut Nana, tidak ada keperluan untuk melatah berhubung isu berkenaan memandangkan ia sekadar andaian nakal peminat terhadap dirinya yang masih menjalani kehidupan solo ketika ini.

“Anggap sahaja usikan manja seperti ini sebagai asam garam menjadi artis. Saya pun sudah selalu dikaitkan dengan gosip-gosip macam ini. Selagi saya tak kahwin, peminat akan terus mengusik saya, kaitkan dengan artis lain.

“Saya okey sahaja dengan usikan macam ini. Tak ada masalah. Cuma harapnya tidaklah melampaui batas,” katanya lagi.

Ditanya tentang jodoh, ibu seorang anak itu menyerahkan bulat-bulat kepada ketentuan Allah SWT.

Katanya, buat masa ini belum ada perancangan untuk berumah tangga memandangkan terlalu banyak urusan yang perlu diberi tumpuan dan diselesaikan.

“Saya tak boleh cakap tak akan berkahwin lagi selepas ini. Itu semua hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi setakat ini banyak perkara yang perlu saya selesaikan satu per satu.

“Jadi keinginan untuk berumah tangga itu saya tolak tepi dahulu. Mungkin lambat lagi. Kalau semua dah selesai, Insya-Allah. Ada jodoh, adalah,” jelasnya.

Terdahulu, nama Nana dikaitkan dengan Shub yang kehilangan arwah isteri akibat pandemik Covid-19 pada 9 Ogos lalu, selepas tular video dipercayai milik pereka fesyen menunjukkan penyanyi popular itu ke butiknya untuk menempah baju.

Malah, pemilik video itu sempat mengusik kononnya Nana ke butik menempah baju perkahwinan dan netizen membuat spekulasi serta cuba menjodohkannya dengan Shuib. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya