Dera kanak-kanak: Pasangan kekasih berhadapan hukuman mati - Utusan Malaysia

Dera kanak-kanak: Pasangan kekasih berhadapan hukuman mati

DAVANDAKUMAR Subramaniam didakwa bersama teman wanitanya, Sutha Murugan di Mahkamah Majistret Klang hari ini kerana menyebabkan kematian seorang kanak-kanak dekat sebuah rumah di Taman Sentosa di Klang, Selangor pada 24 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang ibu dan teman lelakinya berhadapan hukuman mati apabila didakwa secara bersama menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada 24 Disember lalu.

Tertuduh, Sutha Murugan, 26, dan kekasihnya, Davandakumar Subramaniam, 28, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan kesalahan itu terhadap Nithish Kogilan dekat sebuah rumah di Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa antara pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari berkenaan.

Kedua-dua tertuduh kemudian mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Sarulatha Paramavathar.

Sutha dan Davandakumar yang tidak diwakili peguam itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang mana sabit kesalahan ibu kepada kanak-kanak meninggal dunia itu dan lelaki terbabit boleh dikenakan hukuman mati.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Mac untuk sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur’ain Madihah Zulkifli memaklumkan sedang menunggu laporan kimia, forensik dan patologi.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh direman selama enam hari bermula 25 Disember lalu selepas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Nithish dilaporkan dibawa ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 6.20 petang pada 24 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis IPD Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, polis difahamkan mangsa dihantar sendiri oleh ibunya ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia serta terdapat kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya