David Arumugam bantu promosi Pulau Pinang menerusi lagu Pearl Of The Orient  - Utusan Malaysia

David Arumugam bantu promosi Pulau Pinang menerusi lagu Pearl Of The Orient 

DAVID Arumugam kembali menghiburkan para peminatnya serta mempromosi pelancongan Pulau Pinang menerusi album komplikasi baharu, The Story Pearl of the Orient. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penyanyi legenda Pulau Pinang, Datuk David Arumugam kembali menghiburkan peminatnya serta mempromosi pelancongan Pulau Pinang menerusi album kompilasi baharu, The Story Pearl of the Orient yang dilancarkan hari ini.

Album tersebut yang diterbitkan Persatuan Anak Seni Pulau Pinang (PASPP) merupakan kompilasi album yang membariskan 11 anak seni kelahiran Pulau Mutiara termasuk David.

Menurut Pengerusi Kehormat PASPP, Mohd. Mazlan Ayob, album tersebut merupakan album pertama diterbitkan PASPP dan diharapkan dapat membantu mempromosi Pulau Pinang di mata para pelancong dalam dan luar negara.

“Projek ini bermula hampir dua tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kami menghimpunkan anak-anak seni Pulau Pinang termasuk David untuk bekerjasama dalam projek ini.

“Kami berharap lagu Pearl Of The Orient yang dicipta khas untuk mempromosi Pulau Pinang dapat memperkenalkan negeri ini kepada pelancong dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran album kompilasi The Story Pearl of the Orient di Pusat Konvensyen Setia Spice, di sini hari ini.

Sebanyak 12 lagu baharu didendangkan oleh 11 artis kelahiran Pulau Pinang menerusi album itu dan mereka terdiri daripada David Arumugam; Boy; Aswad AF; Fazlin; Bob Sentuhan; Gee; Jasmin; Faradik; Epol Penang; Kolin; Kamal CRK dan SAM.

Mohd. Mazlan berkata, lagu-lagu menerusi album berkenaan akan dimuat naik ke platform digital seperti YouTube dan sebagainya oleh penerbit mereka iaitu Luncai Emas Sdn. Bhd. (Luncai Emas).

“Lagu-lagu seperti Pearl Of The Orient akan dapat dinikmati oleh peminat David dalam tempoh dua minggu lagi selepas ia dilancarkan hari ini.

“Kami yakin platform digital akan dapat membantu memasarkan lagu-lagu di dalam album ini dengan lebih berkesan dan pantas sampai kepada pendengar,” katanya.

Dalam pada itu, David berkata, dia berehat sebentar daripada dunia nyanyian selama dua tahun selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

“Mazlan berjumpa dengan saya di Kuala Lumpur dan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan anak-anak seni Pulau Pinang yang lain bagi menghasilkan album ini.

“Saya bersetuju dan berharap lagu ini dapat mempromosi negeri ini kepada pelancong serta membantu anak seni selepas terkesan dengan pandemik sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya