Dakwaan pemandu lori mabuk tidak benar - Utusan Malaysia

Dakwaan pemandu lori mabuk tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu lori yang didakwa mabuk selepas kenderaannya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki terbabit kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga kenderaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh di sini, semalam.

“Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan.

“Pada pukul 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat ‘myocardial infarction’ (serangan jantung),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Shafa’aton, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi menghormati waris mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya