Dakwaan Muhyiddin tidak dapat suntikan vaksin  tidak benar - Pejabat Muhyiddin - Utusan Malaysia

Dakwaan Muhyiddin tidak dapat suntikan vaksin  tidak benar – Pejabat Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejabat Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 dan Meningococcal Meningitis ketika menunaikan ibadah umrah, Mac tahun lalu.

Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri itu, Mohd. Naaim Mahmod berkata, Muhyiddin dan semua delegasi menerima suntikan dos pertama vaksin untuk Covid-19 sebelum berangkat ke Arab Saudi dan menerima suntikan kedua vaksin sekembali ke tanah air, manakala vaksin Meningococcal Meningitis tidak diwajibkan.

“Dakwaan Ustaz Abu Syafiq bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan delegasi tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 atau vaksin Meningococcal Meningitis ketika mengerjakan ibadah umrah pada bulan Mac 2021 adalah tidak benar. 

“Pada masa itu, Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi tidak mengenakan syarat lengkap suntikan vaksin Covid-19 atau vaksin lain untuk mana-mana pengembara yang ingin melakukan perjalanan ke Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Ahli Parlimen Pagoh itu.

Dakwaan terhadap Muhyiddin dan delegasi itu dibangkitkan seorang individu dikenali sebagai ‘ustazabusyafiq’ dalam media sosial yang tampil membuat pengakuan menjelaskan dirinya adalah individu membawa jemaah tidak divaksin ke Tanah Suci dan mengaku dirinya tidak divaksin. 

Individu terbabait menamakan Muhyiddin dan delegasinya ke Arab Saudi serta Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man antara yang tidak divaksin Covid-19 dan Meningococcal Meningitis ketika menunaikan umrah.

Selain itu, Mohd. Naaim berkata, lawatan kerja rasmi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan ke Arab Saudi yang diadakan atas undangan kerajaan Arab Saudi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

Katanya, ia termasuk melakukan ujian Tindak Balas Rantaian Polimerase (PCR) sebelum, semasa dan selepas lawatan. 

“Hasil ujian PCR mendapati semua delegasi adalah negatif Covid-19.

“Pergerakan delegasi di Arab Saudi juga dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi di dalam suatu gelembung perjalanan yang ditetapkan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya