Dakwaan dibunuh inspektor: Lelaki maut dipercayai bunuh diri - Utusan Malaysia

Dakwaan dibunuh inspektor: Lelaki maut dipercayai bunuh diri

ABDUL JALIL HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dibunuh pegawai polis, sebaliknya maut dipercayai jatuh bangunan di sebuah kondominium di Cheras, dekat sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian jatuh bangunan.

Menurut beliau, sepasukan polis dari Balai Polis Salak Selatan ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 20,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abd. Jalil, siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal berseorangan dan isteri lelaki itu telah keluar daripada kediaman tersebut sejak 7 Disember lalu akibat masalah rumah tangga.

Ujar beliau, akibat itu, mangsa dikatakan mengalami tekanan perasaan.

“Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif mendapati mangsa masuk ke dalam lif berseorangan dan keluar di tingkat 20.

“Turut ditemukan satu tin arak dan pelitup muka yang telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesanan,” ujar beliau.

Susulan itu, Abd. Jalil menegaskan, polis menafikan mangsa dibunuh seorang pegawai berpangkat inspektor seperti didakwa dalam media sosial.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya