PETALING JAYA: Sebanyak 3,386 kes Covid-19 dilaporkan hari ini sekali gus kekal mencatatkan 3,000 kes ke atas sejak Rabu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,761,472 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covid Now: https://covidnow.moh.gov.my. Data setiap hari bagi laman Covid Now adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE