Covid-19: Hotel Lexis PD, Grand Lexis PD ditutup dua hari

Covid-19: Hotel Lexis PD, Grand Lexis PD ditutup dua hari

HOTEL Grand Lexis Port Dickson akan menutup operasinya selama dua hari pada 24 dan 25 Januari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan kakitangannya, dia buah hotel ternama di daerah ini akan menutup operasinya selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 Januari ini.

Lexis Hotel Group dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dua buah hotel di bawah operasinya iaitu Lexis Port Dickson and Grand Lexis Port Dickson ditutup operasi berikutan terdapat lima kes positif melibatkan kakitangan hotel berkenaan yang mula dikesan pada 11 Januari lalu. 

“Pihak kami telah mengarahkan kakitangan berkenaan untuk menjalani kuarantin dengan segera. Ini termasuk juga kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang positif. 

“Kami ingin memaklumkan bahawa setiap hari kakitangan di kedua-dua hotel berkenaan perlu menjalani saringan sebelum memulakan tugas mereka. Kakitangan yang telah disahkan negatif dan tidak mempunyai simptom telah diarahkan untuk bertugas. 

“Bagaimanapun, pada hari ini, lebih kurang 10 peratus tenaga kerja di kedua-dua hotel Lexis telah disahkan positif,” katanya.

Sehubungan itu, pihak Lexis Hotel Group akan menutup operasi kedua-dua hotel berkenaan selama dua hari bagi tujuan sanitasi dan desinfeksi.

Ia termasuk melibatkan bilik, restoran serta kemudahan lain yang terdapat di kedua-dua hotel berkenaan. 

Sehubungan itu, Lexis Hotel Group memohon maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang berlaku. 

“Bagi pelanggan yang sudah membuat tempahan hotel pada 24 dan 25 Januari ini di Lexis Port Dickson dan Grand Lexis Port Dickson mereka boleh menunda tarikh lain tanpa dikenakan sebarang penalti atau memohon untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya. 

“Selain itu, bagi pelanggan yang sudah membuat tempahan di kedua-dua hotel Hotel Lexis Group pada 21 hingga 29 Januari ini yang tidak selesa untuk bercuti pada waktu ini, mereka boleh menunda tarikh lain atau mendapatkan bayaran balik sepenuhnya. Bagi baucar bilik yang berakhir pada 15 April pula boleh digunakan sehingga 30 April ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya