PETALING JAYA: Sebanyak 3,245 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini berbanding semalam 2,342 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan sebanyak 2,813,934 kes jangkitan virus berkenaan dilaporkan di negara ini.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW:https://covidnow.moh.gov.my . – UTUSAN ONLINE