Chelsea atasi Man U, City kekal skuad paling bernilai - Utusan Malaysia

Chelsea atasi Man U, City kekal skuad paling bernilai

PEMAIN Manchester City meraikan kejayaan muncul juara Piala Liga 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Chelsea berjaya mengatasi Manchester United dalam senarai skuad paling bernilai menjelang jendela perpindahan bulan ini.

The Blues kini di tangga kedua senarai pasukan paling bernilai Liga Perdana Inggeris (EPL) di belakang Manchester City.

Biarpun United mempamerkan aksi tidak konsisten namun mereka tetap berada di tangga ketiga senarai berkenaan manakala pencabar kejuaraan, Liverpool di kedudukan keempat.

Juara bertahan dan pendahulu Liga Perdana, Manchester City yang dibarisi pemain kelas dunia seperti Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan Raheem Sterling dianggarkan bernilai 892 juta pound (RM5.09 bilion) dengan purata nilai setiap pemain adalah 37.2 juta pound (RM212.3 juta).

Jumlah itu dijangka meningkat menjelang jendela perpindahan bulan ini di mana bintang Borussia Dortmund Erling Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke Etihad.

BARISAN pemain muda Arsenal paling bernilai di EPL.- AFP

Dalam pada itu, Arsenal dinobatkan kelab pembangunan terbaik apabila barisan pemain mudanya kini dianggarkan bernilai 500 juta pound (RM2.85 bilion).

The Gunners tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk lulusan akademinya seperti Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe, malah purata usia skuad kendalian Mikel Arteta adalah 25 tahun.

Arsenal berada di tangga keenam senarai tersebut manakala Tottenham yang mempunyai nilai 579 juta pound (RM3.30 bilion) di kedudukan kelima.

Leicester, Everton, Aston Villa dan Wolves melengkapkan senarai 10 pasukan paling bernilai Liga Perdana Inggeris itu.

Newcastle juga dijangka akan menyertai senarai 10 teratas sebaik tamat jendela perpindahan dengan Kieran Trippier dan Lucas Digne berada dalam senarai pembelian mereka bulan ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya