Ceroboh hutan simpan: Penduduk, NGO sudah lapor polis - Utusan Malaysia

Ceroboh hutan simpan: Penduduk, NGO sudah lapor polis

SHAFIEN Mamat mengagihkan limau kepada pengguna jalan raya ketika melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina di Tunjong, Kota Bharu Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Beberapa laporan polis sudah dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat berkaitan aktiviti pencerobohan Hutan Simpan Kekal (HSK) di sekitar Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kebanyakan yang membuat laporan tersebut merupakan penduduk kampung yang terkesan secara langsung akibat pencerobohan tersebut.

Sementara itu katanya, NGO terbabit pula tampil membuat laporan kerana mahu membantu membela nasib penduduk yang terkesan.

“Setakat ini ada beberapa laporan telah diterima polis, dan kita akan jalankan siasatan terperinci berhubung laporan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Tunjong, di sini hari ini.

Kelmarin, Pengarah Perhutanan negeri, Abdul Khalim Abu Samah mendedahkan dianggarkan kira-kira 20 hektar tanah di kawasan HSK Relai, Ladang Serasa di Gua Musang telah diteroka secara haram, sebelum ditanam dengan kelapa sawit sejak dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan, kegiatan didalangi sindiket tempatan itu dikatakan berjaya menjual ladang kelapa sawit tanpa geran dengan harga semurah RM6,000 seekar atau RM14,400 sehektar kepada pembeli dari luar Kelantan.

Ditanya perkembangan kes ancaman harimau di Pos Bihai, Gua Musang, Shafien berkata, selain anggota Senoi Praaq dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, polis Kelantan turut menempatkan anggotanya berkawal di situ.

“Perkembangan terbaharu kita terima, harimau belang sudah tidak dikesan berkeliaran di kampung itu.

“Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga sudah memasang perangkap di beberapa kawasan yang yang dipercayai menjadi laluan harimau belang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya