Cegah diskriminasi pesakit kusta, keluarga - Utusan Malaysia

Cegah diskriminasi pesakit kusta, keluarga

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia terutama komuniti berisiko diminta  bersama-sama mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta dan ahli keluarga mereka. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kusta bukan penyakit keturunan atau sumpahan, tetapi adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh sembuh melalui pemberian rawatan Multidrug Therapy.

“Kusta adalah penyakit kuno yang direkod seawal 1,500 tahun sebelum masihi serta tidak mudah dijangkiti. Jika dijangkiti dan lewat dikesan serta tidak diberi rawatan, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit. 

“Untuk rekod, kadar kecacatan kekal dilaporkan dalam kalangan pesakit kusta adalah sekitar 0.02 hingga 0.05 kes bagi setiap 100,000 penduduk iaitu bersamaan empat peratus hingga lapan peratus dari keseluruhan kes kusta baharu yang dilaporkan setiap tahun,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kusta Sedunia 2022 hari ini, bertemakan Penyakit Kusta: Bersama Mencegah Diskriminasi. 

Beliau berkata, kecacatan kekal ini mengundang banyak masalah sosial ke atas pesakit dan keluarganya selain menjejaskan kualiti hidup dengan menjadikan pesakit tidak berupaya menguruskan diri sendiri, lantas bergantung harap belas ihsan dan bantuan ahli keluarga serta jiran tetangga.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha mengenal pasti tahap keseriusan dan faktor diskriminasi melalui kajian sistematik dan pemantauan yang berkesan.

“Anggota kesihatan perlu menyalurkan maklumat yang benar dan tepat kepada orang awam mengenai penyakit kusta. Pastikan kita memberi rawatan sempurna kepada setiap pesakit serta berikan mereka hak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang mesra pelanggan dan mudah capai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya