Buschening sarung jersi Kedah - Utusan Malaysia

Buschening sarung jersi Kedah

DENNIS Buschening perkuatkan skuad Kedah musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penyerang kelahiran Jerman yang memiliki kerakyatan Thailand, Dennis Buschening diumumkan sebagai pemain yang mengisi kuota Asean bagi membawa cabaran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada musim ini.

Pengumuman mengenai kehadiran pemain yang dilahirkan di Esslingen am Neckar, Jerman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi KDA FC sebentar tadi.

Buschening bukanlah nama asing dalam arena bola sepak tanah air dengan dia pernah beraksi bersama Sabah dan UiTM FC sebelum ini.

Selain memiliki naluri sebagai seorang penyerang yang mampu menghasilkan gol-gol cantik, Buschening yang mempunyai kekuatan kaki kiri dilihat turut memiliki kelebihan untuk membuka dan mencari ruang bagi membantu rakan-rakan menghasilkan jaringan.

Pemain berusia 30 tahun dan memiliki ketinggian 183 sentimeter (CM) itu memulakan kerjaya bola sepak remajanya dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab lain dalam liga negara tersebut.

Dia kemudiannya berkelana ke Thailand dengan mewakili Buriram United FC pada 2013 dan membantu pasukan itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC pada tahun sama.

Sebelum ini KDA FC sudah pun mengumumkan kehadiran dua pemain import iaitu Jang Suk-Won dari Korea Selatan dan Dechi Marcel N’guessan dari Ivory Coast sebagai pemain import mereka.

Dua lagi kuota import masih menjadi tanda tanya dengan desas-desus turut mengaitkan penjaring terbanyak liga Jordan, Ronald Ngah bagi mengisi tempat ditinggalkan Kpah Sherman selaku penyerang utama pasukan itu, musim ini.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya