'Bukan tidak suka kerja kedai mamak, tetapi...' - Utusan Malaysia

‘Bukan tidak suka kerja kedai mamak, tetapi…’

KERATAN laporan Mingguan Malaysia bertajuk 'Hina sangatkah kerja di restoran mamak?'
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gaji tidak setimpal dan tiada piawaian waktu bekerja antara sebab rakyat tempatan enggan bekerja di restoran mamak.

Sejak laporan ‘Hina sangatkah kerja di restoran mamak?’ terbitan Mingguan Malaysia semalam, ruangan komen Facebook Utusan Online dipenuhi maklum balas berhubung luahan dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, yang juga memberitahu, mereka kini memerlukan kira-kira 10,000 pekerja tempatan.

Setakat kini, hantaran tersebut menerima lebih 1,300 komen dan 5,600 tanda suka sejak berita itu diterbitkan semalam.

Rata-rata ramai orang ramai menyifatkan tiada layanan baik menjadi faktor rakyat Malaysia cenderung kepada pekerjaan meskipun mereka tidak memilih kerja asalkan mendapat gaji yang setimpal.

Misalnya seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Pin Gin berkata, orang tempatan tidak suka kerja restoran mamak disebabkan beberapa faktor iaitu kerja 12 jam sehari dan sepanjang minggu dengan tiada cuti rehat.

Malah dia mendakwa, terdapat majikan yang tidak memberikan cuti walaupun dua minggu bekerja tanpa henti.

“Apabila sakit demam duit ubat tanggung sendiri. Kekadang bila demam pun dipaksa bekerja juga. Malah kerja kedai mamak yang kebanyakannya tiada KWSP, tiada SOCSO,” Jelasnya lagi.

Seorang pengguna Facebook dikenali Ryan Raykarl pula memberitahu, pemilik restoran mamak perlu melihat semula layanan kepada pekerja rangkaian restoran segera dengan gaji memuaskan, syif kerja teratur dan soal kebajikan.

Sebaliknya pemilik Facebook Khairul Azimin pula memberi satu contoh di restoran mamak di Alor Setar, Kedah apabila kebanyakan pekerja merupakan anak muda tempatan.

Katanya, imej pekerja restoran mamak perlu diubah supaya dapat menarik anak-anak muda tempatan untuk bekerja.

“Mereka boleh bekerja tapi kena ubah pemakaian. Pakaian mereka sama macam yang bekerja di restoran makanan segera yang lain bukannya macam restoran mamak yang biasa kita lihat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN